Friday, December 13, 2013

Penilaian Menengah Rendah∞


Ni hanyalah luahan semata mata. Luahan dari pelajar tingkatan tiga mrsm kuala klawang. Aku bukanlah pandai, tak bijak hanya biasa. Takda apa pun yg special. aku bukan gifted mcm yg lain. Aku bukan menyalahkan takdir Allah yg aku bodoh. Malah salah aku sendiri sbb tak belajar betul betul dr awal. Main main, tak hormat cikgu. Ya Allah, betapa takutnya aku pada 19/12/2013 ni. Keputusan Pmr akan keluar. Sesungguhnya aku sudah berusaha ya Allah, kau berikanlah aku keputusan yang cemerlang. Aku tak nak hampakan parents aku. Aku takut. Walaupun aku dah usaha, mestilah ada kemusykilan kan? Aku takut usaha aku tak cukup. Aku takut. Perasaan takut tu menyebulungi aku. Peluh sejuk mengalir seolah olah tiada lagi esok. Walaupun ia hanya lah pmr, tetapi bayangkan lah betapa malunya kalau aku ni yg duduk mrsm tak dapat straight as. Yang dibangga banggakan sekolahnya, anak muridnya? Belum tentu berjaya. Apa boleh buat, hanya perlu bertawakkal. Berdoa, semoga pelajar tingkatan tiga Mrsm Kuala Klawang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2013. In Shaa Allah, amin :-) Yang paling aku takut, bahasa inggeris. Apa aku sudah cukup mengarang? Apa tidak ada kecacatan kah? Aku sendiri buntu. Yang menanda, bukanlah robot. Malah manusia seperti kita juga. Bayangkan kita kertas pertama yg diperiksa, Beliau akan memeriksa kesalahan saja, hanya mencari kesalahan. malah kertas kertas yg dibawah diperiksa ala kadar sahaja. Ya Allah, nauzubillahmindzalik. Jauhkanlah. Semoga aku mendapat 8A dalam PMR ya Allah. Aku mahu menunjukkan kepada Mohd shariff omar bhw anaknya ini tidak akan menghampakannya. Semoga 98s memecah rekod sama seperti UPSR 2010 dahulu. Berilah kami ketenangan untuk menerima segalanya ya Allah, amin ya rabbal alamin. Sekian wassalam. Aku menangis malam ini, kerana aku malu pada sendiri. Malu pada kau, Ya Allah.


Entah apa lah yg difikirkan org lain kalau kita tak dapat straight as. 'eh tgk dia tu, duduk mrsm tapi tak dapat 8A?' Ya Allah, aku tak mahu langsung dgr semua tu. Apatah lagi kalau jadi betul betul. Astaghfirullah. Apalah yg nak dibanggakan kalau sekolah nya yg megah megah tapi kalau ada anak murid yg gagal. Jauhkan lah Ya Allah berikanlah aku 8A dalam pmr ya Allah. In Shaa Allah amin :-) Aku bernazar jika aku berjaya dapat 8A akan aku menunaikan puasa sunat dua hari berturut. In shaa Allah.


"I may be strong, but inside. You know nothing"

No comments:

Post a Comment